CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 3, 2012

Pengasuh ohh pengasuh!

Assalamualaikum ank2 ibu..tjuk kali ni buat ibu dan abah berhenti bernafas sesaat!Ape tidak nye lagi 2 hari ibu bakal mule bekerja pengasuh cancel last minute.tp ibu x salahkan die. Ini semua kerana beliau terpaksa menjaga atuk sebelah suaminya yg sakit. soal kesihatan siapa boleh dugakan. Sedangkan ibu dah berjanji nak hntar Ehab sejak Jun yg lepas. inilah dugaan terbesar ibu dan abah buat masa ini. yela, nak cari pengasuh sekitar rumah ibu bukan hal yg mudah. 


Jiran2 sekeliling tak ada yg mengasuh anak orang. Pengasuh yg ibu jumpe pun kerana die buat iklan di petronas berdekatan. terus ibu contact die, dan die bersetuju utk jaga Ehab bulan 10 nnti. tapi kite hanya mampu merancang Allah jua lah penentu segala keputusan. Seharian ibu mengahdap laptop mencari pengasuh berdekatan. Antara berbelas-belas yg ibu mesej hanya 2 org yg memberi respon. Seorang di Bukit Lanjan dan seorg lagi di Kota Damansara. Pilihan yg ade cumelah Kota Damansara. Maka, ibu dan abah pergilah bersuai kenal dgn bakal pengasuh Ehab.

Pagi Isnin tibalah masanya Ehab ditinggalkan bersama pengasuh. Sayu sungguh hati ibu. Tapi ibu nekad akan pergi jenguk tengah harinya. pengasuh tak tahu yg ibu akan datang tengah hari tu. Kire spotcheck jgk lh ni. Hehehehe. Keadaan terkawal tapi ibu rase macam ramai je yg dijaga. Banyak jugak yg x berkenan di hati terutama tang buai tu.huhu. Semoga Allah melindungi Ehab dan semua kanak-kanak lain yg x dijaga oleh ibu bapa mereka. Ibu dan abah rasa semacam x sanggup berulang alik ke KD. Dek kerana jauh dan ramai jugak yg dijaga pengasuh ibu akan cari lagi pengasuh yg lain. Ditambah tgk kedaan Ehab yg lemah dan x ceria bertambah sayulah hati ibu. Mana taknya, kalau kat rumah suara die lah yg paling bising. Tapi kat rumah pengasuh berbeza sungguh. Malah malam hari yg dijaga pengasuh, ibu tengok Ehab lemah dan x ceria. Ibu nekad nak cari pengasuh lain yg lagi dekat dgn ibu. Senanglah ibu nk menjenguk Ehab.

nampaknye 1 hari je Ehab dihtr ke sana. Hari Selasa abah volunteer jaga Ehab. Hari ni ibu plak amik cuti jaga Ehab. Abah akn take over lagi 2 hari. Ibu harap sgt jumpe pengasuh baru sebelum menjelang minggu depan. Buat Ehab Taufiq, elok2 ye perangai bile duduk dgn pengasuh!

Pjg btul entri kali ni. sesekali menulis pjglh plak.ok!jumpa lagi next entri.

0 comments:

Post a Comment