CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 27, 2012

Checklist sebelum bersalin

assalamualaikum ank2 ibu.. Sebelum bersalin ade bende ibu kene setelkan. Antaranya:

  1. Habiskan syllabus subjek        -almost done
  2. Student revision                       -next week (subjek biostatistik plg merisaukan ibu)
  3. Exam student ibu                     -lagi 2 minggu baru mule (3minggu exam)
  4. Kelas master kat UM             -ade sebulan lagi kelas
  5. Exam master                           -4 hingga 22 Jun 2012 (harap2 anak ibu boleh bersabar ye..)
Lepas habis sume ni, baru ibu boleh bersalin dengan hati yg tenang..Tapi tenang ke ye..Tak sempat ibu rase nervous nak bersalin sebab ade banyak agenda perlu difikirkan sebelum bersalin. Semoga semuanya berjalan lancar..Semoga ibu dipermudahkan proses bersalin nanti.Amin...

Saturday, April 21, 2012

~The Very First Picture of My Baby~


Assalamualaikum ank2 ibu..Alhamdulillah..Minggu ni genaplah usia anak ibu yg ke-29 minggu.. tinggal kire2 11 minggu je lagi anak ibu nak lahir..Nervous rase di hati Allah je yg tahu..Di saat-saat ni ibu bertungkus lumus nak habis kan syllabus subjek yang ibu ajar..minggu lepas ibu baru je terkejar-kejar ke pemantauan klinikal student ibu di Pejabat Kesihatan. Alhamdulillah walaupon dgn perut yg memboyot, ibu berjaya jugak buat pemantauan.

Dlm sibuk2 tu sempat jugak ibu curi mase buat 3d & 4d scan anak ibu ni..So, pd 18 April 2012 lepas ibu dan abah ke Vision College scan anak ibu ni..Appointment ibu pukul 2.15..Kami tibe betul-betul pukul 2.15. Lame jugak menunggu turn ibu walaupun tak de org lain selain ibu.

Tiba giliran, ibu dipanggil. Ibu rase janggal sebab staf lelaki yg dtg panggil. Jadi ibu pun tanye staf di kaunter siapa yg akan scan perut ibu. Staf tu pon dlm keadaan terpinga-pinga bertanya "Nak staf perempuan ke?".. Ibu pun cakap "Ya." Ibu rase sedikit kecewa sebab ibu dah berulang kali ingatkan mereka yg ibu memang request staf perempuan utk scan perut ibu. Maka, bertambah lewatlah turn ibu untuk discan sebab tggu dorg cari staf perempuan. Staf di kaunter tengok ibu dengan pandangan 'semacam'.Mungkin ramai yg akan anggap ibu mengada-ngada. Tapi percayalah, keadaan belum lagi darurat hingga staf lelaki terpakse scan perut ibu. Masyarakat sekarang dgn sewenang-wenangnye menghalalkan segala perkara dek kerana alasan "darurat". Selagi mana mampu ikut syariat, jangan sekali-kali pandang remeh hukum hakam agama.


Alhamdulillah tak lame lepas tu, name ibu dipanggil oleh seorang staf wanita untuk discan. Berdebar-debar rase hati ibu nak tengok anak ibu sayang ni. Jom tengok ape anak ibu buat dalam perut. Huhuhu.

Sempat anak ibu bukak mulut ye..

Senyum-senyum kat ibu ngan abah.

Posisi paling selesa..Sepanjang scan tangan tak lepas dari muka.

Scan details. Pertama kali ibu tau berat anak ibu ni..Rupe-rupenye dah 1.5 kg dah. Estimated weight mase lahir nanti 3.5 kg.. Telan air liur ibu..Tak pe lah semoga semuanya dipermudahkan. Amin.



Ade banyak lagi gambar. Tapi cukuplah itu sahaja untuk tatapan anak-anak ibu. Ibu berdoa semoga semuanya berjalan lancar.. Semoga anak ibu lahir betul-betul ikut due ye sayang..Ibu ade exam bulan 6 ni..Anak ibu anak soleh kan..Anak ibu dengar cakap ibu kan..Hehehe.semoga anak ini lahir pada waktu yang terbaik ya Allah..Amin.

Itu sahaja entri ibu kali ini. Next time ibu cerita lagi. Sayang anak-anak ibu..







Monday, April 16, 2012

Week 1 -16 Pregnancy

Assalamualaikum ank2 ibu.. lame ibu tak jenguk blog ni.tp ibu tak nak ketinggalan mencoretkan detik-detik manis sepanjang ibu mengandungkan anak sulung ibu ni..Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 28 minggu usia kehamilan anak ibu. kejapnye masa berlalu.lebih kurang 3 bulan lagi lahir lah hero sulung ibu.insyaAllah..semoga Allah memudahkan segala urusan. Kali pertama mendapat tahu ibu positif mengandung kembali, ibu bagaikan tak percaya. Apetah lagi abah. Abah marah ibu kerana bergurau hal-hal yang serius. Tapi selepas abah tengok sendiri upt tu dengan 2 line merah, barulah abah percaya ibu mengandung. Ibu tahu abah teringin sangat menimang cahaya matanya sendiri kerana ketika itu usia perkahwinan ibu dan abah hampir mencecah 1 tahun. Sungguh ibu dapat rasekan kesunyian hati abah tanpa anak di sisi. Alhamdulillah Allah kurniakan kami cahaya mata kali kedua. Sungguh Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Week 1 -12

Sepanjang awal trimester ni keadaan kesihatan ibu tak menentu. Morning sickness lah katekan..tp ibu all-day-long-sickness..tak terhad di waktu pagi sahaja. alhamdulillah pengalaman pertama mengajar ibu banyak benda. nak jadi ibu kene banyak berkorban. macam mane dikatakan berkorban, ibu paksa bangun dari tido di tengah2 malam untuk makan supplement. kenapa kene bangun tido di tengah malam? sebab kalau makan waktu lain, rasenye confirm ibu muntah semula. jadi, ibu belajar drp pengalaman lepas. ibu kehilangan anak ibu mungkin kerana anak ibu tak dapat berkembang dengan baik kerana kurang nutrisi (ni menurut pandangan ibu lah). mana taknye, ibu muntah2 teruk, tak de makanan yang masuk dalam perut ibu, supplement pon tak makan dek kerana muntah2. Ibu oun alami acis reflux smpi tekak luka dan berdarah. Jadi, terpaksalah ke klinik untuk beli ubat.

Jadi selepas keguguran, ibu surf kat internet pengalaman2 ibu-ibu lain mengandung. Ibu tertarik kepada pengalaman seorang ibu yang bangun tengah malam untuk makan supplement. dari situlah ibu mula amalkan makan supplement ketika bangun tengah malam. alhamdulillah anak ibu berkembang dengan baik.

Kali pertama scan anak ibu, waktu tu 12 minggu. sebak nye hati bile tengok anak ibu aktif bergerak ke sana sini. Teringat anak ibu yang sulung. betapa berbezanya keadaan kedua-dua anak ibu ketika di usia 12 minggu. dari situlah ibu mula buat kesimpulan anak sulung ibu kurang nutrisi untuk berkembang dengan baik. tak pe lah..anak ibu dah selamat dalam peliharaan Allah. semoga anak ibu dapat memberikan syafaat kpd ibu di akhirat kelak.

Dek kerana pengalaman lepas, hati ibu sentiasa risau dari awal kandungan hinggalah usia kandungan mencecah 12 minggu. kenapa ibu rase risau? kerana dalam tempoh tersebutlah ibu kehilangan anak ibu. mudah untuk orang lain mengatakan itu adalah perkara biasa. "Ujian itu tak seberat mane". "Hebat lagi ujian orang lain". Itulah yang sering orang lain katakan pada ibu. Ibu akhirnya akur bahawa manusia tak akan pernah berdiam diri dengan kesedihan orang lain. Ibu terlupa sayang..Manusia mudah membuat kesimpulan berdasarkan pandangan masing-masing. Hanya abah shja tempat ibu mengadu dan meluahkan rasa. Hari-hari ibu mohon kekuatan dari Allah agar memekakkan telinga drp kata-kata yang menyakitkan hati.

Ibu bersyukur dengan ujian yang Allah berikan. kerana ujian tersebut ibu tak jadi orang yang bongkak dan sombong dengan diri sendiri. Kenapa ibu kata macam tu? kerana ibu sering perhatikan ibu-ibu lain yang mengandung dengan rasa bangga mengatakan itu dan ini. Subhanallah..sedangkan segala yang berlaku itu semua dengan izin Allah. berbangga mereka melahirkan anak di awal usia perkahwinan. berbangga mampu buat segala pekerjaan berat tanpa terjejas kandungan. berbangga mampu bersukan ketika hamil tanpa sebarang keguguran. dan bangga dengan pelbagai hal lain. dan sekiranya terdapat wanita lain yang mengandung dan mengalami pelbagai masalah kesihatan, mereka tanpa segan silu mengatakan wanita itu lemah, tak berdaya, mengada-ngada dan sebagainya.. sedih hati kecil ibu..sedangkan hal begini sepatutnya lebih difahami sesama wanita.

Ingatlah anak-anak ibu, ujian yang Allah berikan berbeza-beza mengikut tahap keimanan masing-masing. tidak akan diuji seseorang itu, melainkan dengan kemampuan masing-masing. Boleh jadi, jika wanita itu diuji dengan keguguran anak, maka hilanglah kewarasan akal wanita tersebut. kerana itu, tidak semua wanita diuji dengan kematian anak. Alhamdullillah ibu diuji dengan kehilangan anak di usia 12 minggu kandungan. belum sempat merasa 'kehadiran' anak ibu dalam rahim ibu. Ibu bersyukur kerana terpilih untuk kehilangan anak. Alhamdulillah ade anak yang menanti di sana, dan Allah gantikan anak itu dengan kehadiran anak yang baru..Syukur kepada Allah.

Week 13-16

Tempoh ini merupakan tempoh ibu bertenang. Kerana ibu dah lepas zon kritikal ibu (tempoh 12 minggu). walaupun begitu, morning sickness ibu belum hilang lagi.Tak pelah, hanya beberapa minggu je lagi untuk ibu bertahan.Ibu masih muntah2 tapi mula berkurangan.

Untuk pengetahuan anak ibu, ketika ini ibu sedang sambung belajar peringkat sarjana (master). Ibu ke kelas dalam keadaan yang kurang sihat. tapi ibu gagahkan jugak diri ibu (takut xdapat masuk exam sebenarnye kalau byk sangat skip kelas.hehehe).Saat yang paling menguji kekuatan diri ibu bile ibu exam ketika muntah2 teruk. Ibu exam 5 paper sumenye. taubat nasuha rasenye nak amik banyak subjek sem ni. buktinye sem ni ibu amik 3 subjek je.hehehe. Ibu mohon pada Allah semoga semua paper ibu pass. Ibu tak harap result yang cemerlang, sebab ibu tahu usaha ibu setakat mana. utk pengetahuan anak ibu, passing mark untuk master student 65/100.maksudnye gred B (pointer 3.0) dan ke atas baru lulus. lebih tough berbanding mase undergraduate dulu. Alhamdulillah ibu pass sume subjek tapi betul2 atas borderline..mudah2an anak2 ibu nnt result exam sume cemerlang..sejuk sket hati ibu..

Minggu ke-12 ibu scan anak ibu di klinik swasta untuk kali pertama. Ibu dah teruja tengok anak ibu time scan kat KK Sg. Buloh. Tapi malangnye abah tak de bersame2 ibu time tu. Jadi ibu mintak jugak kat abah untuk repeat scan di klinik private. Excitednye abah mase tgk anak ibu bergerak2 dgn aktifnye dalam perut. Kali pertama kan..Ibu scan kali ke2 ketika minggu ke-16..Waktu ni tak disangka2 anak ibu sgtlh sporting nak bagitau ibu die ni gender die. Tapi doktor belum berani nak confirmkan sebab baby still kecik lagi..Lagipun ibu scan 2D je..ape yg ibu suke dgn doktor ni, die akan terangkan sedetail2nye setiap inci imej scan tu..Ade lah dalam 6 keping imej scan yang die print dgn slumbernye (ibu risau extra charge je.hehehe.) Alhamdulillah doktor ni sangat pemurah dgn ilmu dan servis yang die bagi..walaupun kebanyakan org mungkin kurang selesa dengan die kerana bahasanya yang slumber (seolah-olah dah kenal lame). Tapi bagi ibu, servis dan perkhidmatan die lebih bernilai drp sume tu..sebab ibu pernah scan di klinik yg same tp dgn doktor yang berbeza..lame doktor tu dok tenyeh2 scanner kt perut ibu, tanpa sebarang explaination, senyap je..akhirnye ibu blk dgn kehampaan kerana x berpuas hati dgn servis yg die bagi ( ibu nak confirmkan jantina lagi sebenarnye untuk minggu ke-20. InsyaAllah lah sepatutnye dah boleh nampak, tapi dek kerana doktor kurang arif, maka kene datang lagilah minggu ke-24 nnt).. ok lah..panjang betul entri ibu kali ni..itupun dah berapa kali save as draft, tak tersiap2 typing nye. nanti ibu cerita lagi pengalaman ibu pregnant from week 17-28..

Jumpa di next entri, sayang anak2 ibu..