CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 16, 2012

~33 minggu~

Alhamdulillah hari ni genap usia anak ibu 33 minggu.tapi kalau ikut scan (29 minggu) lepas, usia anak ibu advance 1 minggu. Semoga anak ibu sihat2 je. Semoga Allah lindungi anak ibu dari sebarang perkara yg tak diingini.

Tinggal lebih kurang 7 minggu lagi sebelum ibu bertemu dgn anak ibu sayang ni. Perasaan ibu? Ibu harap sgt anak ibu boleh bersabar hingga betul2 masa yang sesuai untuk anak ibu lahir. Anak ibu ni penyabar kan..Hari2 ibu pesan kat die dari hari pertama ibu dapat tau ibu pregnant. InsyaAllah anak ibu ni mendengar kate orgnya..

Lebih kurang 3 minggu lagi ibu akan final exam. Dan sejurus sahaja abis exam maka ibu akan sangat2 bersedia untuk melahirkan anak ibu ni. Hari2 berdoa semoga anak ibu lahir selepas ibu abis final exam. Minggu akhir exam anak ibu genap berusia 37 minggu. Tempoh cukup matang untuk anak ibu lahir. Semoga apa yang ibu harapkan diperkenankan oleh Allah.

Persiapan untuk anak ibu ni boleh kate 90% dah tersedia.cume tak tau cukup ke tidak je nnt. Tak pe lah nanti boleh topup lagi. Ibu kan suke shopping online. Jadi bukan satu masalah besar bg ibu kalau ade barang yang tak cukup. Cume persiapan barang untuk ibu je belum lengkap. InsyaAllah akan dilengkapkan sikit mase lagi.

Tahap kesihatan ibu alhamdulillah baik2 je. Cume acid reflux mmg tak dapat dielakkan. Tak pe lah, tinggal beberapa minggu je lagi ibu perlu bersabar. Pergerakan anak ibu untuk bulan ke-8 tidak seaktif bulan ke-7. Sikit menurun, tapi alhamdulillah masih di tahap yg tidak membimbangkan. Sakit2 mule terase, tapi bukanlah sakit menunggu kelahiran. Biaselah di hujung2 kehamilan, baby dah mule turun ke bawah.

Semoga kelahiran anak ibu dipermudahkan. Semoga Allah sentiasa melindungi anak ibu. Untuk anak ibu di sana, doakan yang terbaik untuk ibu, abah dan adik2 kamu. InsyaAllah kita akan berjumpa di akhirat kelak.
Buat permata sulung ibu, harapan yg tinggi ibu dan abah letakkan pada kamu. Semoga kamu membesar menjadi hamba Allah yg taat dan memperjuangkan agamaNya, dihiasi dgn seindah2 akhlak Rasulullah s.a.w dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu dan abah sentiasa mendoakan semua anak2 kami. Salam sayang drp ibu dan abah.

Saturday, May 5, 2012

~Tarikh Final Exam~

Alhamdulillah..ibu baru dpt tau tarikh sebenar final exam master ibu..huhuhu.Kenapa tarikh exam ni sgt penting buat ibu?Kerana waktu ini, ibu sarat sangat mengandungkan anak ibu ni..Bak kate orang minggu berjaga-jaga..walaupun kebanyakan orang cakap anak sulung ni biasenye lahir lambat dalam minggu ke-39 dan 40, tapi kerana kali pertama nak bersalin kena jugaklah berjaga-jaga.

Tarikh penting buat ibu:

          09 Jun 2012   - Sustainable Process for Engineering
          10 Jun 2012  - Environmental Management System
          14 Jun 2012  - Hazardous Waste Control

Semester kali ni ibu amik 3 subjek je..rase lapang sikit.Sem lepas ibu amik 5 subjek..dugaan waktu awal2 pregnancy..ibu exam dlm keadaan yg lemah. Alhamdulillah ibu pass sume paper. Mudah-mudahan kali ni ibu dapat score..doakan ibu ye..

Lebih kurang 9 minggu je lagi anak ibu nak lahir. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Semoga anak ibu lahir dengan selamat. Amin..Itu shja entri ibu kali ini. InsyaAllah kalau ade mase, ibu update lagi..