CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 18, 2017

Amru Al-'As Warded

Kronologi:

8/12 Beli laksa di kedai kawan abah. Ehab, Amru dan ibu makan dgn selera

9/12 Pukul 3.00 pg amru muntah. Diikuti pukul 7.30 pagi. Pukul 8.00 pg muntah di taska.

Pukul 12 tgh amru muntah lg. pukul 2.00 ptg amru cirit kali pertama.

Pukul 6 hingga pagi sabtu amru muntah dn cirit berterusan. Susu botol reject. Susu ibu muntah semula. Air minum tp sgt sikit.

10/12 Pagi tu suhu bdn amru mula naik. Bdn sgt pns.

Amru muntah dan cirit berterusan sampai petang. Amru nampak sangat letih dan melepek shja.

Pukul 4 abah decide bwk ke hosp sg buloh. Pukul 7.00 mlm tahan di wad pemerhatian. Amru x berubah. Xde selera makan dan kurg minum. Muntah dan cirit di katil wad pemerhatian. Amru masuk air 2 botol. Utk daily supply dan water loss.

Pukul 11.00 mlm warded. Amru masih cirit tetapi muntah sikit sekali shja. Tgh mlm 2 kali cirit. Pagi pun cirit sampai bocor atas katil. Pukul 8.30 pun cirit tapi bocor di kerusi pulak.

Doktor pakar dtg dan decide off air. Sbb amru mula makan dan byk minum air. Harapnya amru makin selera makan dan minum air dgn byk. Semoga cirit berkurang dgn drastik dan tiada muntah lg.















Bila dh off air, baru panjang langkah..








Masa beriadah dh tamat, masuk bilik balik ye..




Masih lagi tidur..rehatlah nak..mudah-mudahan keluar wad hari ni..

Ehab tggl dengan abah kat rumah. Entah apelah yg dibuat kt rumah tu..semoga Allah lindungi anak2 ibu Ehab Taufiq dan Amru Al-'As.

Conteng-conteng tanah





Conteng tanah kat rumah yayi..maklumlah tanah jarang jumpa.masa ni amru demam panas lepas 2 hari masuk taska.

Awal amru masuk sekolah ye..xpe,moga amru jadi orang yg hebat! Ibu percaya amru mampu beradaptasi dengan persekitaran sekolah seawal usia amru.

Abg ehab dh pandai bercakap macam org dewasa di usia 4 tahun 2 bulan.ade kebaikan ibu hantar ehab sekolah awal masa umur 3 tahun 6 bulan..supaya ehab mudah bergaul dan bersosial dengan rakan sebaya dan cikgu di sekolah.

Tahun 2017 ehab akan mula bersekolah di Little Caliph cawangan Tasik Biru.semoga lebih banyak lagi ilmu2 hebat ehab perolehi sepanjang bersekolah di sana.

Utk amru yg dh berusia 1 tahun 8 bulan, laju sangat progress amru.alhamdulillah amru umpama span yg menyerap segala perbuatan orang sekeliling.jadi perlu berhati2 jika bercakap atau berkelakuan yg tidak baik depan amru.


Friday, December 23, 2016

Amru Al-'As 1 tahun 8 bulan

Alhamdulillah besar dah anak ibu..cepat masa berlalu..di usia 1 tahun 8 bulan banyakkkk sangatttt yg amru dah tahu. Amru ibarat span. Serap semua yg dilihat dan didengar dr persekitaran.

Amru dg bileh construct ayat sampai 4 patah perkataan. Dah cuba2 bukak seluar dan pakai semula. Ada abg ehab kan.. semua nak ditiru..

Amru dh dihantar ke taska seawal usia 1 tahun 8 bulan supaya lebih mudah menyesuaikan diri dengan ramai orang. Nenek Som pun mcm dh kurang tenaga nak menjaga budak kecil. Jadi ibu dan abah dengan berat hati tawakal letak amru di taska. Setakat ini feedback utk taska ni baik. Jadi ibu x risau mana. Apa pun Allah je yg dpt melindungi keselamatan anak2 ibu..

Amru dh pandai makan nasi sendiri. Pandai minum sendiri. Pandai main sendiri. Selalu sangat berebut barang dgn abg ehab. Suka sangat dgn lagu didi n friends, cerita super wings, tobot, upin ipin. 







Monday, October 17, 2016

Amru Al-'As

Di usia 1 tahun 6 bulan amru dah boleh sebut dua patah perkataan. 

Perkembangan percakapan amru lebih cepat berbanding ehab kerana ada role model ehab,ibu dan abah.

Macam span,serap semua yg didengar.paling seronok bila ditanya, "siapa nama awak?"

Jawapannya "A-uu"

"A-uu apa?"

Jawapannya "A-uu A-As"

Semoga membesar dgn sihat dan cerdas amru.cepat betul masa berlalu.anak teruna kedua ibu dah bercakap😱😱

Amru suka tanya,"ane ibu?" "ane abah?".die akan tanya siapa yg tak ada depan mata die.

Keletah budak baru bercakap memang menyeronokkan.

Nanti ibu sambung lg cerita ye..

Anak-anak ibu



















Sunday, October 16, 2016

Wednesday, October 5, 2016