CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 30, 2012

Ehab 2 month!

Assalamualaikum ank ibu yg bucuk.

Alhamdulillah ank ibu dh masuk 2 bulan.kejap je kan masa berlalu.pejam celik pejam celik anak ibu dah makin besar. Makin besar bermaksud makin bertambah bambam. Ape perkembangan Ehab terkini. Jom tengok.

  • Berat dah naik 5.6 kg dgn panjang 59 cm.
  • Ehab favourite sleeping position: on mommy's chest!Serupa dgn cousin die Amirul n Alyaa.Tak de stroller ke buai ke die tetap blh tdo dgn lenanye.
  • Suka mandi.
  • Mula tengok objek dgn fokus. 
  • Kaki blum kuat lagi nak berdiri lame. Sekali sekala boleh berdiri tapi less than 5 sec.
  • Mula nak kenal tangan die. Jari jemari selalu bersulam antra 1 sama lain. (Its also a sign that he's hungry!
  • Kurang jaga malam. Bangun hanya untuk minum susu 1 jam sekali. (ibu dh adapt bgn 1 jam sekali)

Itulah antara perkembangan Ehab sekitar 2 bulan.Cepat betul mase berlalu. Lagi 1 bulan ibu nak mule kerja dah.

Thursday, August 16, 2012

16 Ogos 2012

Alhamdulillah ibu masih lagi dipanjangkn umur hingga ke hari ini.lebih manis lg dgn kehadiran hero ibu, Ehab Taufiq yg tgh sdp landing kt dada ibu.pusing sana sini cari port selesa.Hari ni 16 Ogos bersamaan dgn 27 Ramadhan genaplah usia ibu 26 tahun.kejap je msa berlalu. zaman2 keremajaan makin jauh mninggalkan ibu.Zaman berkeluarga datang menjengah!

Semoga ibu diberi kekuatan rohani dan jasmani utk terus bersama-sama abah mentadbir keluaga kecil kami. Utk Ehab, tanggungjawab Ehab menanti di bahu Ehab utk mengetuai adik2 Ehab.huhuhu.Ehab baru sebulan dh diberi beban yg berat.Tak pe nak..Kita bersusah2 dari awal, insyaAllah ada kemanisan di penghujungnya. InsyaAllah.

Semoga anak ibu membesar dgn sihat dan menjadi hamba Allah yg mendatangkan manfaat kpd semua orang.Amin..

Wednesday, August 8, 2012

Ehab Day 1-30

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ank ibu dh berusia 1 bln 9 hari. Sekejap je masa berlalu. Sepanjang tempoh 20 hari pertama Ehab dan ibu dipantau JM Klinik Desa di Melaka. Anak ibu membesar dgn jayanya. Apa tidaknya, dalam tempoh 10 hari Ehab dah naik drp 2.75 kg kpd 3.0 kg.10 hari kemudian (hari ke 20) naik lagi ke 3.70 kg.

Checkup pada 1 bulan Ehab menambah lg berat die kpd 4.2 kg. Alhamdulillah ank ibu membesar dgn sihatnya. Mudah-mudahan niat ibu nak menyusukan susu ibu tercapai lah. Buat masa ni, Ehab masih lagi campur susu sebab susu ibu sikit sangat. Sabar ye Ehab. Ibu tengah berusaha keras menambah susu. Rasa bersalah sangat bagi Ehab susu formula seawal 1 bulan ni. Semoga Allah bantu ibu dan semoga Allah murahkan rezeki Ehab untuk minum susu ibu. Kalau ditakdirkan tak de rezeki Ehab minum susu ibu, ibu doakan semoga lebih banyak lagi Allah limpahkan rezeki yang lain untuk Ehab.

Buat masa skrg, ibu sedang beradaptasi dgn kehidupan baru.Oh sungguh tak pernah ibu tahu hidup ibu akan berubah 360 darjah. Semua org menceritakan kesakitan ms bersalin tapi tak seorang pun menceritakan betapa perlunya persediaan fizikal dan mental yg kuat stlh anak lahir iaitu siap sedia korban waktu tidur malam.Ya!Ehab Taufiq bangun 1 jam sekali pd waktu malam.That is the longest period he sleep at night!Pesanan penaja untuk bakal2 ibu di luar sana, tidurlah sepuas2nya sebelum bersalin ye!