CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 8, 2012

Ehab Day 1-30

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ank ibu dh berusia 1 bln 9 hari. Sekejap je masa berlalu. Sepanjang tempoh 20 hari pertama Ehab dan ibu dipantau JM Klinik Desa di Melaka. Anak ibu membesar dgn jayanya. Apa tidaknya, dalam tempoh 10 hari Ehab dah naik drp 2.75 kg kpd 3.0 kg.10 hari kemudian (hari ke 20) naik lagi ke 3.70 kg.

Checkup pada 1 bulan Ehab menambah lg berat die kpd 4.2 kg. Alhamdulillah ank ibu membesar dgn sihatnya. Mudah-mudahan niat ibu nak menyusukan susu ibu tercapai lah. Buat masa ni, Ehab masih lagi campur susu sebab susu ibu sikit sangat. Sabar ye Ehab. Ibu tengah berusaha keras menambah susu. Rasa bersalah sangat bagi Ehab susu formula seawal 1 bulan ni. Semoga Allah bantu ibu dan semoga Allah murahkan rezeki Ehab untuk minum susu ibu. Kalau ditakdirkan tak de rezeki Ehab minum susu ibu, ibu doakan semoga lebih banyak lagi Allah limpahkan rezeki yang lain untuk Ehab.

Buat masa skrg, ibu sedang beradaptasi dgn kehidupan baru.Oh sungguh tak pernah ibu tahu hidup ibu akan berubah 360 darjah. Semua org menceritakan kesakitan ms bersalin tapi tak seorang pun menceritakan betapa perlunya persediaan fizikal dan mental yg kuat stlh anak lahir iaitu siap sedia korban waktu tidur malam.Ya!Ehab Taufiq bangun 1 jam sekali pd waktu malam.That is the longest period he sleep at night!Pesanan penaja untuk bakal2 ibu di luar sana, tidurlah sepuas2nya sebelum bersalin ye!

0 comments:

Post a Comment