CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 9, 2014

Ehab 13 month!

Di usia 13 bulan,ehab dh pandai
-tepuk tangan
-ajuk apa orang buat (tiru aksi bersin,getar bibir,buat bunyi pggil kucing)
-berjalan pun makin stabil,tapi main redah je longkang ke lubang.tp ehab sangat rase insecure jalan atas rumput.kaki xbergerak atas rumput.
-suka gigit orang
-pandai geleng kepala,angguk kepala
-dah pandai ambil dan bagi semula barang kat orang

Ehab 1 Tahun 9 Bulan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hampir setahun blog ini tidak ada pengisian baru malahan hampir tidak dijenguk langsung kerana sibuk dengan urusan dunia. Namun pengisian kali ini menampilkan penulisan yang berbeza dari yang sebelumnya kerana entry ini ditulis oleh oleh bapak Ehab. Setakat ini (detik penulisan ini) Ehab masih belum punya adik lagi ataupun tanda2 ke arah itu. 
       
         Sepanjang 'penyepian' blog ini, ada juga beberapa perkara yang berlaku, insyallah kali ini bapak Ehab akan tuliskan sedaya upaya yang mungkin bergantung kepada ingatan yang ada. 

         Ketika Ehab berumur 1 tahun (28 julai 2013), bapak ehab tengah kelam kabut menguruskan penghantaran tesis master bapak ehab di UKM yang mesti dihantar pada Ogos dan pada Novembernya bapak ehab sempat merasai majlis konvokesyen (konvokesyen kedua, pertama sekolah tadika KEMAS dan kedua master, konvokesyen semasa diploma tak ikut kerana nenek ehab sakit dan konvokesyen degree juga tak pergi sebab semakin sakit). Rasanya, ini kali pertama ya'i ehab tengok anaknye konvo. sebab setakat ni bapak ehab je la yang belajar master (di IPTA) dan mampu juga nak datang dari johor ke bangi. Wak~wak ehab semua belajar degree kat mesir jadi tak dan lah ya'i ehab nak datang. 

         Bermula 5 Mei 2014, bapak ehab berada di persimpangan untuk memilih tajuk PHD. Kerana kerja sekarang memainkan peranan dengan haluan tajuk tesis. Kebetulan pulak bapak ehab tengah menunggu mendapat panggilan dari beberapa majikan. Insyallah. Mohon diperkenankan. Sama ada perbandingan agama, aqidah ataupun tasawuf. semuanya dalam lingkungan Pengajian Agama Islam. Pengorbanan yang dipikul oleh seorang pelajar agama adalah berat. Ia seperti satu perasaan kesedaran yang lahir dalam hati seseorang untuk bertanggungjawab terhadap pengembangan pengetahuan masyarakat terhadap agama Islam.

          Bapak ehab sedar, pelajar agama ini (pelajar agama full time dan kerjayanya sebagai 'ustaz') tidak banyak keuntungannya di dunia selain penghormatan yang diberikan masyarakat Muslim kepadanya. Suasana ini tidak hanya dirasai oleh pelajar itu sendiri, tapi dirasai oleh ibu bapanya, ibu bapa mentuanya, isterinya, anak~anaknya dan sesiapa sahaja termasuk sahabat~sahabat. 

          Contohnya, dikala anak orang lain yang bergelar sebagai peguam, doktor, yang ada Ir ataupun yang ada ACCA, pendapatan mereka banyak daripada seorang ustaz dan nafkah yang diberi kepada ibu bapa masing~masing juga besar termasuk mentua. Dikala isteri seorang peguam, doktor, akauntan mahupun engineer dinafkahi dengan kasut, handbag, handset dan baju yang berjenama serta rumah dan hiasan dalaman dan luaran yang cantik, amat jarang isteri seorang ustaz yang menikmati semua. Malahan perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu suaminya. Dikala anak~anak orang lain dapat menikmati pakaian, basikal, mainan ataupun jajan yang berjenama, tidak ramai anak ustaz~ustaz yang merasai suasana itu. 

            Namun begitulah resamnya orang~orang agama. Bapak ehab percaya, suasana ini hanya dirasai oleh para ustaz sahaja. jika nak dibandingkan dengan sami, bikkhu, father, Hanya Islam sahaja yang religion man nya berkahwin. Religion man agama lain tidak berkahwin dan tiada keluarga. Justeru gangguan supaya mencari dunia tidak berlaku kepada mereka kecuali sesetengah keadaan yang bapak ehab tak tahulah.

             Setelah pengorbanan begitu, apa yang para ustaz dapat? hanya maghfirah dan inayah Allah sahaja.