CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 31, 2013

Ehab mamam at 6 month!

Ehab + kopiah abah + limau mandarin

Ehab gembira bersama limau mandarin dan kopiah abah.mujur tak ade gigi,kalau tidak confirm muke berkerut-kerut menahan masam.

Monday, January 28, 2013

Ehab dan botol susu siri 2

Jom tgk gambar ehab dan botol susunya..mule2 minum lps tu main-main.and at last minum blk.dh bsr ank ibu.blh pgg botol dh..

Ehab dan walker!

Assalamualaikum ank2 ibu.moga sehat semuanya.alhamdulillah ehab semakin sihat dan kuat.buktinye ehab dapat angkat walker lama guna walker pinjaman makngah.terkejut abah dan ibu.ape lagi terus snap gmbr.jadilah utk tatapan ehab di masa akan datang.

Gambar ni diambil masa baru je tiba dari melaka.itu yg rumah bersepah.ade ehab lagi bertambah 'kemas' rumah ibu.

Itu shja entri kali ni!

Friday, January 25, 2013

Durian crepe

Alhamdulillah dpt juga merasa durian crepe.selama ni dok tengok je org publish kat wall fb.sedap rasenye..insyaAllah klu jumpe lagi nak lah membeli lagi.hehehe

Suka suki ehab taufiq 5 month!!

Alhamdulillah ehab dh 5 bln lebih..lagi 3 hari genaplah 6 bulan..sepanjang tempoh 5 bulan ehab dah ade ragam sendiri..bile dipegang macam nak terbolos..meliuk lentuk,melompat-lompat,berpusing-pusing..naik penat ibu dibuatnya..alhamdulillah Allah kurniakan tahap kesihatan yg baik utk ehab..satu rezeki ditarik beribu macam nikmat Allah bagi..alhamdulillah..masih lagi aktif berjaga..tidur around 1-2hours..mlm still berjaga dalam 3 kali..less than before yg bangun every hour..xpe ehab..ibu dah biase sgt jaga malam susukan ehab.ada yg tanye,xpening ke bangun tiap2 1jam?maunye x pening mule2 tu..Tapi lame2 alah bisa tegal biase..hikmahnye besar..supaya ibu x melatah bila ade anak kecik di mase hdpn.

Ehab at 2.00 am

Sejak dua menjak ehab mula berjaga malam.bkn kepalang mengantuknya abah tunggu ehab tidur.2nd time ibu pulak berjaga tggu ehab.hasilnya dapatlah snap ehab yg tersengguk2 mengantukk.haaaa...br die tau mengantuk..ibu xdapat snap byk sbb ehab perasan ibu amik gmbr die.jd mengamuklh die mintak diambil dr walker dan ditidurkan..

Wednesday, January 23, 2013

Ehab Taufiq 6 month!

Alhamdulillah bsr dah anak bujang ibu..kejap sangat masa berlalu.ape ehab dah pandai ye?
- dah laju sangat naik walker
- dah pandai marah kalau ambil barang die pegang
-angkat2 bontot
-sangat suke makan biskut ruskies+susu
- masih belum suke makan bubur nasi
-suke naik stroller bila pegi pasaraya
-suke duduk ats walker kat balkoni rmh sambil perhati sekeliling.
-suke menjerit..kadang2 kat tmpt awam.walaupun org kate biaselah budak2 tapi ibu tetap kena kawal ehab.jadi ibu tutup mulut ehab..ehab pun akan diam.tapi biasenya bile ehab mule bersuara lantang bermaksud ehab lapar atau mengantuk.selain drp itu ehab tak akan menjerit tanpa hala.
-dah pandai sebut 'dadada....'
-brt mkin naik ke 8kg.
-dah pandai berdiri tegak
-spjg 6 bln dh 3 kali jatuh;jatuh buai,jatuh walker dan jatuh katil.ehab mmg x boleh terlepas pandang walau sesaat.alhamdulillah ehab xpape.syukur..

Lagi beberapa hri je lagi ehab nak masuk 7 bulan.how fast time flies!anak ibu dah setengah tahun..semoga ehab dikurniakan tahap kesihatan terbaik dan membesar dgn sempurna.amin...

Ehab dan botol susu

Ni antara snapshot ibu..sikit je gmbr..di usia 6 bulan baru ehab nak pandai pegang botol..agak lambat sikit.dari botol penuh sampai botol dah kosong.alhamdulillah mudah sikit keje ibu.sayang ank bujang ibu ni.semoga ehab jadi abang yg hebat kpd adik2 ehab..amin..









Sunday, January 20, 2013

Current progress-ehab taufiq

Alhamdulillah ehab taufiq telah membesar dengan sihatnya.syukur ibu pada Allah kerana mengurniakan tahap kesihatan terbaik untuk anak bujang ibu ni.walaupun ehab tak ade rezeki untuk breastfeeding,namun Allah itu Maha Tahu apa yg dirancangNya.

ibu terlalu bersyukur kerana ehab jarang sangat demam,boleh kata tak demam selain drp slps injection (itupun dalam 1-2 hari.badan tak demam cume hangat sikit shja) dan berjangkit dengan ibu masa 3 bulan dulu.ehab semacam tak pernah kembung perut.kulitnya tidak pernah ade rashes dan sangat jarang mempunyai masalah kesihatan.berbanding baby seusia ehab yg juga fully/partial bf mempunyai masalah kesihatan di atas.

alhamdulillah,syukur tak terhingga Allah mengurniakan tahap kesihatan terbaik buat ehab.mudah-mudahan ehab sentiasa sihat dan kuat sepanjang ehab membesar.inilah perkara yg paling ibu risau apabila ehab is not fully breastfeed in this early stage.syukur alhamdulillah.Allah tarik 1nikmat tetapi beribu2 nikmat yg Allah limpahkan.

Setelah sekian lama memendam rasa,baru hari ini dapat terluah..hati menahan segala kata-kata manusia sekeliling ibu yg tak pernah mengalami apa yg ibu rase.tak ade ibu di dunia ini yg tak mahu menyusukan anak.apakan daya ibu tak mampu menghasilkan susu yg byk utk ehab apa shja usahe yg tak dilakukan.tak mengapalah..Allah akan menggantikan rezeki susu dgn yg lain.hati ini redha tapi manusia sekeliling tak pernah redha dgn apa yg terjadi pd ibu.kadang2 manusia lupe,ini juga adalah rezeki yg Allah tentukan.yes,scientifically u can state 1000 of reasons in producing breast milk.but remember,Allah has decided the best for u without any reason.Tak mengapa ehab,ibu sentiasa doakab ehab dikurniakan rezeki yg tak disangka2..

Akhir kata,semoga ehab taufiq membesar menjadi hamba Allah yg hebat di pandangan Allah dan manusia sejagat.ibu tak pernah putus2 mendoakan semua anak ibu walaupun anak-anak ibu yg lain belum pun lahir.semoga ibu melahirkan anak-anak yg hebat dan bermanfaat kpd seluruh manusia di bumi ini.besar harapan ibu kpd anak-anak ibu..walaupun ibu telah tiada 1hari nanti,anak2 ibu harus pandai menjaga diri.salam syg utk semua anak2 ibu..