CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 5, 2016

Susu Kambing Purenat Pilihan Ibu dan Abah

Alhamdulillah inilah pilihan susu ibu dan abah utk ehab dan amru.ehab mula minum susu kambing sejak 6 bulan.selama lahir ke umur 6 bulan ehab minum susu lembu.ehab x direzekikan utk minum susu ibu.dapatlah juga dalam tempoh sebulan.production ibu lambat,ehab kurang sabar.maka gagal penyusuan susu ibu dgn sempurna utk ehab.

Utk amru pula,masih dapat menyusu ibu sehingga sekarang (1 thn 2 bln).tapi dah bercampur susu tepung sejak lahir.cuma portion susu ibu lebih banyak ketika umur 0-6 bulan.selepas 6 bulan demand amru makin tinggi jadi terpaksa topup susu kambing.cuma kesedaran tentang susu kambing dah ade sejak ehab lahir jadi amru minum susu kambing sejak lahir lagi jika susu ibu x cukup.

Bercakap mengenai susu kambing banyak brand ibu dah cuba masa ehab mula minum dulu.brand pertama akhil hayy goat.pernah cuba suffy goat, hi-goat,bertam best marketing (pengilang susu kambing) dan mungkin beberapa jenama lain termasuk purenat.cuma niat di hati ingin beli produk bumiputera di samping susu purenat agak mahal jadi kami teruskan bagi ehab minum susu kambing jenama bumiputera.

Sehingga 1 hari,ibu ada bertanya kepada supplier tentang proses pembuatan susu kambing jenama sendiri.kos dalam 2k sahaja.murah.tetapi yg mengejutkan,supplier tersebut memaklumkan kebanyakan produk susu kambing bumiputera adalah diimport dari luar negara.jadi niat utk membeli barangan bumiputera terus hilang memandangkan kualiti susu purenat dan susu bumiputera adalah sangat berbeza.

Sejak daripada itu,ibu dan abah buat keputusan utk menjadikan purenat susu pilihan kami utk anak2.alhamdulillah anak-anak ibu serasi.mana mungkin susu yg dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w tidak bermanfaat.ditambah dengan keyakinan ibu dan abah yg tinggi maka Allah izinkan semuanya berlaku dengan lancar.

Inilah dia susu purenat kegemaran ehab dan amru.yg ni packaging baru.utk ibu2 yg pening tak tau bak bagi susu formula utk anak2,pilihlah purenat tanpa ragu2.kandungan purenat ialah 100% susu kambing tulen tanpa sebarang bahan campuran.tetapi utk bayi 6 bulan ke bawah tidak sesuai ye.boleh guna karihome 0-6 month kerana kandungan susu kambingnya hanya sekitar 43% sahaja.pada usia ini buah pinggang bayi tidak mampu untuk memproses susu kambing 100% tulen.

itu shja coretan ibu yg sekian lama tertangguh utk dipublish.


packaging lama


packaging baru