CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 28, 2014

Konvokesyen Master Ibu..

Berselimut kerana menggigil..Suhu 39 darjah celcius.

Makan ubat untuk turunkan suhu badan ibu 39 darjah celcius.

Selfie dalam dewan konvo..

Muka sihat sikit lepas dah makan ubat.


Gambar lame..gambar ibu konvo master di UM..Ibu ambil jurusan ape?Master of Engineering (Safety, Health & Environment).Perjalanan master ibu bermula dengan:

Oktober 2011: Mula mengandungkan abang Ehab.

Januari 2012 : Final exam sem 1,ibu pregnant abang Ehab 3 bulan.Muntah2,pening kepala,kembung perut.Ibu mohon Allah bagi lulus je..Untuk pengetahuan anak2 ibu lulus peringkat master ialah 65/100 @ B @ 3.0. Alhamdulillah Allah perkenankan.Ibu lulus 5 subjek yg ibu ambil sem 1.

Februari 2012 : Mula sem 2. Ibu pregnant    Abang Ehab 5 bulan.

Jun 2012 : Final exam sem 2.Ibu dah 38 minggu mengandungkan abang Ehab..Pada 30 Jun 2012, 12:39 pg lahirlah Ehab Taufiq ke dunia.

September 2012 : Mula sem 3.Abang Ehab 3 bulan.Terpaksa bawak ke kelas bersama.Tengah kelas turun sebab Abang Ehab menangis.Abah tak boleh handle abang Ehab masa kecik.

Januari 2013 : Final exam sem 3.Abang Ehab dah besar (7 bulan).Abah dah boleh jaga sendiri kat rumah.Hati lapang sikit nak ke kelas.

Februari 2013 : Mula sem 4.Boleh ke kelas macam biasa.Tesis dah daftar tapi tak sentuh langsung.Sekadar dapat supervisor sahaja.

Jun 2013 : Final exam sem 4.

September 2013 : Mula sem 5.Dah daftar tesis tapi belum buat apa pun.Sem 5 berlalu begitu sahaja sebab subjek semua dah ambil jadi tak perlu ke kelas.Ibu rasa macam dah abis master.Itulah sebabnya tesis tak gerak2.

Februari 2014 : Mula sem 6.Tesis masih belum gerak.

April 2014 : Mula struggle buat tesis.

Mei 2014 : Hantar tesis selepas 1 bulan setengah pulun.

Jun 2014 : Viva dan hantar hard cover.

Julai 2014 : Another good news after finishing my thesis!Second hero onboard..

Oktober 2014 : Konvokesyen master dalam keadaan demam menggigil dan tiada sesiapa yg datang raikan majlis konvo ibu (abah tak dapat cuti,bos tak luluskan).Tapi akhirnya abah datang jugak sebab ibu sangat2 tak larat untuk drive.Ibu pregnant second hero 3 bulan.Demam dan mabuk teruk.

Itu sahaja coretan ringkas perjalanan master ibu.Alhamdulillah berakhir jua master ibu dengan pelbagai dugaan dan cabaran.Alhamdulillah..


Abang Ehab Bergaya Sakan!







Kereta Idaman Abah!

Assalamualaikum anak2 ibu..arini abah gembira tak terkata..maklumlah impian selama ni nak memiliki Naza Ria akhirnya tercapai..

Semuanya untuk keselesaan anak2 abah..maklumlah bulan April nanti seorang lagi hero bakal lahir insyaAllah..

Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah kurniakan kpd keluarga kita..semoga Allah limpahkan rezeki yg berkat utk keluarga kita..amin..insyaAllah..


 
Setakat itu dulu anak2 ibu..insyaAllah ibu akan update lg di masa hadapan..