CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 6, 2012

Pengasuh Baru!

Alhamdulillah smlm ibu dan abah dah pergi jumpe pengasuh baru Ehab. Baya2 nenek Ehab je. Ehab satu2 nye baby yg dijaga. Seorang lg budak 3 thn. Ok lh tu drp sblum ni. Ibu bersyukur sgt jumpe pengasuh dlm mase terdekat ni. Jauh pun x berapa jauh. lega lah sikit ati ni. seronoknye rumah makcik ni kat kawasan kampung. Aman je..Mudah2an Ehab boleh lah sesuaikan diri kat sane ye.

Malam ni nak pegi rumah pengasuh lama nak amik barang (padahal 1 hari je hantar.huhuhu). Sanggup abah jaga Ehab daripada dihantar ke sane sementara nak jumpe pengasuh baru. Itulah pengorbanan abah, Ehab! Jangan nakal2 ye, kene dengar dan taat cakap ibu dan abah.

Ok lh itu je entri kali ni. Alhamdulillah, mudah2an segalanye berjalan lancar selepas ni..

Wednesday, October 3, 2012

Pengasuh ohh pengasuh!

Assalamualaikum ank2 ibu..tjuk kali ni buat ibu dan abah berhenti bernafas sesaat!Ape tidak nye lagi 2 hari ibu bakal mule bekerja pengasuh cancel last minute.tp ibu x salahkan die. Ini semua kerana beliau terpaksa menjaga atuk sebelah suaminya yg sakit. soal kesihatan siapa boleh dugakan. Sedangkan ibu dah berjanji nak hntar Ehab sejak Jun yg lepas. inilah dugaan terbesar ibu dan abah buat masa ini. yela, nak cari pengasuh sekitar rumah ibu bukan hal yg mudah. 


Jiran2 sekeliling tak ada yg mengasuh anak orang. Pengasuh yg ibu jumpe pun kerana die buat iklan di petronas berdekatan. terus ibu contact die, dan die bersetuju utk jaga Ehab bulan 10 nnti. tapi kite hanya mampu merancang Allah jua lah penentu segala keputusan. Seharian ibu mengahdap laptop mencari pengasuh berdekatan. Antara berbelas-belas yg ibu mesej hanya 2 org yg memberi respon. Seorang di Bukit Lanjan dan seorg lagi di Kota Damansara. Pilihan yg ade cumelah Kota Damansara. Maka, ibu dan abah pergilah bersuai kenal dgn bakal pengasuh Ehab.

Pagi Isnin tibalah masanya Ehab ditinggalkan bersama pengasuh. Sayu sungguh hati ibu. Tapi ibu nekad akan pergi jenguk tengah harinya. pengasuh tak tahu yg ibu akan datang tengah hari tu. Kire spotcheck jgk lh ni. Hehehehe. Keadaan terkawal tapi ibu rase macam ramai je yg dijaga. Banyak jugak yg x berkenan di hati terutama tang buai tu.huhu. Semoga Allah melindungi Ehab dan semua kanak-kanak lain yg x dijaga oleh ibu bapa mereka. Ibu dan abah rasa semacam x sanggup berulang alik ke KD. Dek kerana jauh dan ramai jugak yg dijaga pengasuh ibu akan cari lagi pengasuh yg lain. Ditambah tgk kedaan Ehab yg lemah dan x ceria bertambah sayulah hati ibu. Mana taknya, kalau kat rumah suara die lah yg paling bising. Tapi kat rumah pengasuh berbeza sungguh. Malah malam hari yg dijaga pengasuh, ibu tengok Ehab lemah dan x ceria. Ibu nekad nak cari pengasuh lain yg lagi dekat dgn ibu. Senanglah ibu nk menjenguk Ehab.

nampaknye 1 hari je Ehab dihtr ke sana. Hari Selasa abah volunteer jaga Ehab. Hari ni ibu plak amik cuti jaga Ehab. Abah akn take over lagi 2 hari. Ibu harap sgt jumpe pengasuh baru sebelum menjelang minggu depan. Buat Ehab Taufiq, elok2 ye perangai bile duduk dgn pengasuh!

Pjg btul entri kali ni. sesekali menulis pjglh plak.ok!jumpa lagi next entri.

Harinya telah tiba :(

Akhirnye hari yang ibu harap lambat menjelma, menjelma jua. Tanggal 1 Oktober 2012, bermula lah semula tugasan ibu sebagai pengajar. Oh adalah teramat berat hati ibu nak pegi bekerja semula. Abah, boleh ibu resign x?Hehehe. Naluri ibu ni kalau diikutkan memang ibu nak berhenti je, tapi belum tiba mase yang sesuai. Semoga Allah mempercepatkan hari bersara ibu.

Dipendekkan cerita, pengasuh Ehab adhoc ibu cari agak jauh. Nun di Kota Damansara. bertambah berat ati ibu, Ehab. First day, ibu wat adhoc visit kat rumah pengasuh. Aduh sedih betul ibu tengok anak ibu. Banyak jugak yang x berkenan di hati. Tapi Ehab, ibu xde pilihan lain dalam mase terdekat ni. Seandainya ibu mampu berhenti kerja, memang ibu berhenti. Berat ati ibu tinggalkan Ehab. Ibu rase Ehab dah mcm bukan anak ibu. Aduh sedihnye anakku diperlakukan sebegitu. Biaselah ibu, put a high expectation on my babysitter. Tapi manalah same layanan ibu kandung dan babysitter.

Tepat 5 ptg, ibu bergegas amik Ehab balik. Ehab tgh tidur waktu tu. Bile ditanye, dah 1 jam setengah Ehab tidur. Ehab tidur lame kat rumah pengasuh berbanding rumah sendiri. Masa awal pagi pun, Ehab boleh terlena sendiri sambil tgk tv kat ruang tamu! Alangkah ajaibnye bagi ibu! Memang x pernah dibuat Ehab kat rumah. Klu nak tidur mesti kat dada ibu. Dan lagi ajaib Ehab tidur selama 2 jam!

Apa yang menyedihkan ibu, Ehab letih je balik dari rumah pengasuh. Ibu dgn abah x sedap ati tengok Ehab mcm tu. Sebab kat rumah, Ehab sangatlah aktif. sentiasa membebel dgn suara die yg lantang. Melonjak2 dgn kaki die yang baru nak gagah tu.

Itulah perasaan seorang ibu. Di saat ni, ibu mmg nak sangat2 berhenti kerja. I wanna quit! Semoga Allah mempercepatkan hari bersara ibu. Semoga yang terbaik berlakutepat pd masanye..Amin!

Tuesday, October 2, 2012

3 month!

Alhamdulillah ank ibu dh masuk 3 bulan. Ape perkembangan Ehab? Jom kite tgk :
  • Dah kuat kaki,boleh berdiri
  • Makin ramah bile diagah.Suara jgn cakap lah kelantangannya.
  • Diam2 dah pandai mengiring malah dah pernah meniarap! Ibu sgtlh terkejut Ehab. Masa bile ye Ehab practice sbb Ehab sgtlh jarang berbaring di lantai. Confirm menangis suruh ibu angkat n dukung!
  • Makin pandai tengok tv. Alhamdulillah blh ibu rehat sikit. Klu dulu mmg x mau, memang mcm nk tercabut pinggang dukung ke sana sini (macam rumah ibu besar betul syg. Kluar masuk bilik je ibu)
  • Dah mule pandai hisap jari (al-maklumlah baru bukak sarung tgn) sampai meleleh air liur.
  • Maintain bangun minum susu 1 jam sekali. Lately ibu rase macam jarang dah Ehab bangun malam. Cume bile dah pukul 4 am ke atas Ehab kurang lena. Maka terpaksa lah ibu bangun banyak kali sampai lah subuh.
  • Sangat suka mandi!air masuk hidung ke mulut ke die dok diam je.senyum2 bile mandi (malah memang suke mandi sejak lahir)
Itulah antara perkembangan Ehab sepanjang usianye genap ke 3 bulan.Next week Ehab kene inject.Harap2 x demam lah anak ibu ni. Itu saje utk entri kali ni. Syg ank ibu!