CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 13, 2014

Berpindah ke Tempat Baru

Alhamdullillah Rabb al-A'lamin, Bulan Ramadhan bagi tahun 1435/ 2014 menyaksikan perubahan yang drastik kepada keluarga Ehab. Ini kerana, keluarga Ehab mula berpindah ke tempat baru iaitu rumah dari Kuang ke Kundang, Rawang (pada 24 Jun 2014) yang memerlukan kami beradaptasi dengan perubahan suasana ke tempat kerja, ke rumah pengasuh dan tempat serta waktu Ehab bermain. 
        
         Seterusnya bapak Ehab pula berpindah tempat kerja dari jalan universiti (berhampiran Universiti Malaya) ke Subang (1 Julai 2014). Sudah tentu berubah susana persekitaran ke tempat kerja bahkan waktu keluar dan pulang dari kerja juga berubah.

          Pengalaman pindah rumah sangant memenatkan. Pengalaman pindah rumah setakat ini baru 2 kali, dari Jalan Klang Lama PJ ke Kuang pada Julai 2011 dan pindah dari Kuang ke Kundang pada 24 Jun 2014. Cuma bezanya pindah kali ini dari rumah sewa ke rumah sendiri. Kedua-dua pengalaman pindah tu mengambil masa 2 minggu (agak lama) sebab pemindahan dilakukan dengan sendiri, angkut barang hanya guna kereta myvi (kecil), tanpa ada bantuan (pindah pertama ibu Ehab dalam tempoh berpantang sebab keguguran tak boleh angkat barang, pindah kedua ibu Ehab tengah banyak kerja di office kebetulan Bapa Ehab tengah 'free'). Sehingga angkat peti sejuk juga guna myvi. 

Beza Pengalaman Pindah Pertama Dan Kedua

Pengalaman pindah pertama dan kedua ada pahit dan manis masing-masing. 

Pindah pertama:
  • Senang sebab tak banyak barang
    • Barang Sedikit (Baru Kawin)
    • Tak ada perabot (rak buku, kabinet dapur, almari baju (hanya almari kain),)
    • tak banyak buku
    • tak ada mesin basuh
    • tak ada katil
    • tak ada dapur
    • tak ada tv
    • tak ada sofa
  • Susah
    • Masalah kewangan meruncing (Sebab Bapak Ehab baru dapat kerja dan gaji kecil di bawah taraf sara hidup)
    • tak mampu sewa lori
    • Ibu Ehab baru start kerja (masih belum bergaji)
    • Pindah dari rumah ber lif ke rumah tak ber'lif 
Pindah kedua:
  •  Senang sebab ada la duit nak sewa lori walaupun pinjam orang
    •  Dah ada kelengkapan rumah tak payah keluar duit nak beli
    •  Dah buat wiring siap2. Ada 2 plug point dalam setiap bilik, lampu dan kipas yang laju. Rumah sebelum ni ada satu kipas shj di ruang tamu, ada bilik yang plug pointnya tak berfungsi langsung. Paip tandas bocor (kadangkala rasa nak marah jugak sebab perkara asas pun tidak disediakan) 
    • Ada lif. walaupun tingkat 11 dari 17, agak tinggi, tapi ada lif tu cukup memberi rahmat buat kami. Rumah lama tingkat 3 dari 5, tak ada lif, letih setiap kali angkat barang lepas shopping dan tong gas.
    • Guarded. kawasan yang berpengawal keselamatan memudahkan. Berbanding tempat tinggal sebelum ini. 99% kejiranan Melayu-Muslim. Parking kereta tak di ambil orang, insyallah
  •  Susah
    • Masuk rumah baru ada pulak ujiannya yg tak ada pada pengalaman pindah pertama. Rumah baru kena bayar deposit eletrik, sesetengah rumah perlu buat wiring sendiri.
    • Deposit Air (Syabas)
    • Buat grill
    • pemasangan lampu dan plug. 



Bapak Ehab
Minggu keempat di rumah Kundang