CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 29, 2015

Amru Al-'As anakanda kedua


Alhamdulillah lahir hero ibu kedua ke dunia ini pada 6 April 2015 pada pukul 10.09 malam di Putra Medical Center Sg Buloh dgn berat 3.15 kg secara normal.

Amru 1 month

Alhamdulillah anak ibu Amru membesar dgn sihat dan sempurna.Seawal umur 1 bulan amru dh pandai senyum dan respon kpd orang yg mengagah amru..perkembangan yg sgt memberansangkan.

Berat naik daripada 3.15 kg kepada 4.4 kg slps sebulan lahir.Alhamdulillah ade rezeki amru merasa susu ibu walaupun tak sepenuhnya.rezeki ni pun tak terkata syukurnya pd yg Esa.Ibu still topup dgn susu Karihome Infant Formula klu amru meronta2 lps menyusu.

Di saat ini ibu belum berjaya buat stok memandangkan susu ibu segan2 je yg ade..tak pelah amru syukur ade drp x ade mcm abg ehab.Ibu berjaya mula buat stok sehingga kini (29.5.15) sebanyak 20 oz shja.Orang dengar rasa kelakar sgt sebab terlalu sikit.Itupun mengambil masa sekitar 2-3 hari utk dapat 5 oz.hihihi.ya Allah,permudahkan urusan penyusuan anakku.aku redha sebanyak mana yg Kau kurniakan utknya..Sesungguhnya Kau shja yg Maha  Mengetahui betapa aku berusaha utk membanyakkan susuku..semoga usahaku ini diakhiri dengan kesudahan yg baik..

Umur amru sekarang hampir mencecah 2 bulan.Di kala umur Amru 1 bulan setengah keluarga kita diuji apabila abah terkena jangkitan chicken pox..Allah..ibu terpaksa menguruskan kedua2 anak seorang diri.tersangatlah penat..Ibu rak mampu pun membantu abah yg kesakitan utk mengelakkan jangkitan lpd amru.

setelah abah sembuh 2 minggu,kami menjangkakan yg ehab dan amru bebas drp jangkitan chicken pox.sekali lg kami diuji apabila abg ehab juga dijangkiti chicken pox 2 mggu slps abah sembuh.

Dengan berat hati ibu terpaksa buat keputusan nekad utk pulang ke kampung demi mengelakkan jangkitan chicken pox kpd amru kerana amru terlalu kecil utk kena chicken pox. Allah...beratnya hati ibu nak tinggalkan abg ehab dan abah sendiri di sini.Mengalir air mata ibu tengok abg ehab sakit tapi ibu x mampu utk even memeluk abg ehab demi keselamatan amru..Allah sedihnya hati ini..Semoga diampunkan dosa2 lepas kami dan diberkati hidup kami shgga akhir hyt kami..

Itu shja coretan ibu di kala ruang masa yg  sempit..insyaAllah klu ade rezeki,ibu akan menulis lg..

      Amru Al-'As di usia 1 bulan 23 hari

     Ehab Taufiq di usia 2 tahun 10 bulan

        Ibu dan abah yg semakin 'sihat'