CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

Pembersih+Rajin VS Pengotor+Pemalas

Assalamualaikum ank2 ibu...

Hmmm..msti ank2 ibu trtanye2 kenape ibu tulis entri ni kan..Hati ibu tergerak utk mengingatkan an2 ibu betape pentingnya menjadi seorang yg rajin dan pembersih. Sifat rajin dan pembersih mmg sukar dipisahkan. Kita jarang2 sekali dengar seseorang tu rajin tapi pengotor atau seorang tu pemalas tapi pembersih. Kombinasi dua sifat itu sama sekali tidak seiring. Jadi, harapan ibu sangat tinggi agar anak2 ibu tidak dilabelkan sebagai PENGOTOR +PEMALAS kerana sifat ibu dan abah tidak seperti itu.

Ank2 ibu yg ibu syg..Bagaimana yg kita katakan pembersih dan rajin itu? Seorang yg rajin dan pembersih sentiasa memastikan ruang persekitaran tempat tinggalnya atau di mana sahaja dia berada sentiasa dlm keadaan kemas, teratur dan bersih. Sekiranya terdapat kekotoran dia akan ringan tangan untuk membersihkan kekotoran tersebut. Sebab itulh ibu kate seorang yang pembersih akan selari menjadi seorang yang rajin. Ibu selalu mendengar pendapat seperti :


" Xpe..Die malas bile duduk dgn org lain je. Klu ddk rmh sdri die rajin mengemas."
" Eh die pembersihlah..Sebab tempat die bersih. Tempat lain die x amik tau sgt."

Bagi ibu, pendapat di atas sama sekali tidak berasas. Bak kate pepatah "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing2." Maksudnye, hanya menjaga kepentingan diri masing2 tanpa memperdulikan org lain. Ank2 ibu jgn jd mcm tu ye..Sedih ati ibu kalau org lain mengatakan yg ank2 ibu ni pemalas. X reti mengemas. Segala-galanya tak tahu nak buat sendiri.

Hmmmm..sedikit pesanan utk ank2 teruna ibu bile dah besar nnt ye.. Bawalah menantu yg menyejukkan ati ibu.. Ibu tak kisah paras rupa. Pilihlah yg beragama, bersopan santun dgn sesiapa shja, pndai bwk diri, dan sedikit yg ibu minta carilah yg pndai mnguruskn hal ehwal rmhtgga, pembersih dan pengemas.. Tolong ye ank2 ibu.. Sejuk ati ibu bermenantukan org2 seperti itu. Rupa paras tidak membawa ke mn. carilh ciri-ciri yg ibu pesan. InsyaAllah, ibu jamin dgn izin Allah hidup ank2 ibu bhgia. Ibu nk tgglkn ank2 ibu di muka bumi ni pun x rase risau krna dh ad insan yg layak mnjaga ank ibu selepas ibu.

Sekali lg pesan ibu, jd lh insan yg pembersih dan rajin krna Allah suke pd kebersihan, kekemasan dan kecantikan. Malu kite pd Allah klu kite ni seorang yg pengotor, pemalas dan selekeh kerana sgla ciptaan Allah sumenye cantik dan bersih.

Salam syg dr ibu utk ank2 ibu..

0 comments:

Post a Comment